![]() |
| *Gambar Hiasan*Hanya Untuk Menaikkan Mood* |
@>------------------------------------------------------<@
Seperti di rancang, ingin bertemu Nash, seorang pelajar Politeknik Seberang Prai, Penang yang pada kebetulan teman bermain kamera. Memandangkan Nash sudah tamat pengajiannya dan kini sedang menghadiri kursus 3P di politeknik tersebut, maka aku mengambil kesempatan untuk berjumpa sebelum beliau berangkat pulang ke tempat asal yakni Kuala Lumpur. Berikutan dengan itu, kebetulan sudah hampir sedekad aku tidak bertemu dengan sepupu aku, Azim. Hampir berabad tidak lepak bersama. Lalu aku terus ke Kulim untuk mengambil beliau dengan seorang lagi sahabat iaitu Jo. Lantas aku terus mengambil jalan kampung untuk menuju ke Kulim memandangkan aku dari Jawi.
Hujan renyai sekitar jam enam petang di jalan Junjung. Selepas mengambil Azim dan Jo, aku terus ke Sungai Petani untuk bertemu dengan sahabat alam maya. Sejurus itu terus ke De Pauh Garden, Bandar Perda. Kelihatan Nadzli, Ehsan dan Sis Letz. Ketibaan aku disambut dengan lagu ulang tahun kelahiran. Walaupun tarikh lahir aku sudah berlalu tiga minggu yang lalu. Namun lagu itu bukan untuk aku, untuk orang yang menyambut birthday kat situ lah. Bukan birthday aku. Berbalik pada cerita asal, sudah lama tidak ketemu dengan kawan kawan kamera. Sudah lama tidak keluar bergambar bersama. Ahhh, bila lagi dapat aku lakukan semua ini. Memandangkan semuanya sibuk dengan kerja masing masing.
Seperti biasa, bila dah bersama, pasti ada cerita yang diutarakan dan pasti akan ada yang di bahan kan. Namun semua itu gelak tawa yang seketika, cuma bila di ingat kembali, tersenyum aku sendiri. Nadzli atau lebih mesra dipanggil Ali, meminta izin untuk pulang awal memandangkan keesokkan harinya dia bekerja. Seronok mengutuk, mengata, merepek, membahan, memuji, berkongsi dan bercerita, jam di De Pauh Garden sudah menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Hasil dari ajakan Sis Letz untuk beransur dan kami semua bersetuju. Carrot susu aku dengan gelas tak seberapa, empat ringgit. Aku termencarut depan cashier, tak tahu dia dengar ke tak. Sudahlah tak boleh bayar asing asing, menyusahkan manusia sahaja. Yang aku beria ria marah kenapa? Macamlah baru first time datang sini. Sebel! Jimbek!
@>------------------------------------------------------<@
Seusai aku menghantar Azim dan Jo di Kulim. Aku terus berkira-kira. Jalan mana aku nak guna selain jalan Junjung ni. Kalau nak naik highway, jalan yang aku tahu kena patah balik. Jauh juga kalau aku nak patah balik. Nak ikut Padang Serai, lagi mengerikan. Sedar aku dalam tengah fikir sudah sampai di trafic light Balai Polis untuk ke jalan Junjung. Aku yang dari arah pekan Kulim tak tahu mengapa aku memusing stereng ke arah kiri masuk ke jalan Junjung. Apa yang ada dalam fikiran aku, harap harap ada kereta lain sama ada di hadapan aku atau di belakang aku sepanjang perjalanan aku. Tapi apa yang aku harapkan tak dimakbulkan. Apa yang ada hanyalah kereta dari arah bertentangan dengan aku.
Baru terfikir akan CD untuk memainkan ayat ayat suci alQuran. Malangnya tak ada. Nak buka siaran radio Ikim.FM, tapi tak dapat. Perjalanan baru saja bermula, bermacam macam masalah pula yang timbul. Akhirnya aku layan Suria.FM. Kebetulan waktu itu segmen Suria Cinta ke udara. Kadang aku mengikut lirik lirik yang keluar dari pembesar suara kereta aku. Supaya aku boleh buat endah tidak endah pada benda yang aku lihat. Sedang lagu Taman Astakona di mainkan, tetiba sesebuah kereta datang dari arah bertentangan memberi highbeam pada aku walhal lampu kereta aku berada di keadaan normal. Berulang ulang kali kereta itu memberi highbeam. Seperti ingin memberi isyarat bahawa di hadapan ada sesuatu. Aku buat tidak endah saja. Lama kelamaan aku tengok meter kereta. RPM naik tapi meter KM/J aku tak naik. Seolah olah macam aku menekan minyak sambil menekan break. Sudah lah aku berseorangan. Musibat apa pula yang datang ni. Rupa rupanya kereta sedang menaiki bukit. Fuhhhhh.

Masa sunyi sunyi macam ni lah dalam kepala otak berfikiran macam macam. Tiba tiba aku terflash back cerita cerita seram yang aku pernah tonton dan novel seram yang telah habis aku baca. ASRAMA keluaran Buku Fixi, Menceritakan pasal pengait iaitu hantu berkepala tidak berbadan untuk orang Sabah. Tapi di semenanjung kita memanggil Penanggal. Pengait ini adalah penunggu yang mana memerlukan kepala manusia untuk penunggu di sesuatu tempat. Tujuannya untuk memperkukuhkan binaan. Dah kenapa aku terbayang muka pengait dalam waktu macam ni.
Sampai disatu selekoh tajam. Aku memberi lampu tinggi untuk melihat pada waktu bila aku patut memusing stereng. Bila aku memberi lampu tinggi, terlihat suatu kelibat yang berada jauh dari kereta aku. Seolah olah menyorok di belakang sign arrow selekoh tajam. Aku bagi lampu tinggi lagi sekali, hilang. Kuatkan diri. Tiba saja masa untuk memusing stereng, ada benda bergolek di atas jalan raya. Benda apa pula nak main main dengan aku ni. Bukan masa sekaranglah nak main. Esok esok lah main. Main lah dengan orang lain. Aku bukan kawan kau. Aku bukan teman bermain kau. Aku mengelak dari terlanggar benda yang bergolek tu. Fuhhhh. Lepas satu dugaan. Cuba cuba aku mencuri untuk melihat cermin lihat belakang. Aku meneruskan perjalanan walaupun sebentar tadi cuba di ajak bermain.
@>------------------------------------------------------<@
Lampu biru kelip kelip kat depan. Tak lain tak bukan mesti roadblock. Bagus juga ada roadblock kat depan. Rilek rilek. Muka kena control. Nanti polis tu tengok apa pula dia cakap. Cool. Muka mesti maintain. At least dapat menenangkan sedikit sebanyak.
"Assalamualaikum Pakcik," tegur aku menghormati orang lebih tua.
"Malam malam macam nie nak pergi mana?." tanpa menjawab salam aku, pakcik tu menyoal aku.
"Assalamualaikum Pakcik," tegur aku menghormati orang lebih tua.
"Malam malam macam nie nak pergi mana?." tanpa menjawab salam aku, pakcik tu menyoal aku.
"Nak balik Bagan Serai pakcik. Hantaq kezen tadi kat Kulim." jawab aku selamba.
Ehhh cibaiii. Muka pakcik mana? Mana pergi polis polis yang lain? Mana pergi lampu kelip kelip tadi? Tiba tiba kawasan tu jadi kosong. Sohaiiii. Kawasan kubur, macam mana aku boleh tak perasan. Terus aku teringat ada satu perkuburan Islam di atas bukit. Kawasan kebun durian atau getah. Aku tak pasti. Aku teringat sebab aku pernah datang Kulim naik motor. Tapi pada waktu siang, aku boleh tau situ kawasan perkuburan sebab ada nampak orang ramai dengan sebijik van jenazah naik kat atas bukit tu. Aku masih berfikir tentang roadblock tadi. Confirm jelas nampak muka pakcik tu. Kenapa tiba tiba. Haishhhhh. Permainan apa ni. Ni bukan masa nak prank aku. Selepas kejadian sebentar tadi. Terus aku bawa laju. Aku dah peduli lubang ke apa ke. Kali ni aku memandu di tengah tengah jalan raya. Kenapa mesti mata ni nak menjeling ke kiri dan kanan jalan. Tak boleh ke tengok depan je mata hoiiii. Fikiran aku dah memang teruk. Fikiran aku tergangu teruk oleh benda benda tadi. Terus aku memikir. Lagi memikir lagi aku menjadi takut.
@>------------------------------------------------------<@
Cepatlah cepatlah. Cepatlah sampai kat simpang sana. Kawasan perumahan pun jauh lagi ke nak sampai nie. Puppppp. Tiba tiba suara DJ Lin hilang dari corong speaker kereta. Ala gampang. Benda apa pulak kali ni. Puas aku on off on off radio. Masih tak berfungsi seperti tadi. Mata tak sengaja tengok cermin pandang belakang. Kosong. Hanya ada bunga di dalam kereta yang menari nari mengikut rentak kereta. Celaka kereta dari arah depan tak reti turun lampu. Banyak kali aku balas balik. Tak turun jugak. Kereta tu makin hampir dengan aku. Pffffttttttt. Lampu? Kereta tak ada tapi lampu ada. Mata aku mengekor lampu itu yang baru saja berselisih. Sebaik mata pandang ke hadapan, di bahu kiri jalan. Ada anjing berlari. Nasib baik aku tidak melanggar. Kalau tak, makan modal aku nak repair bumper kereta.
Sekarang dah boleh kira untuk bersolat sunat. Sudah dua pertiga malam. Aku masih di atas jalan Junjung - Kulim. Mungkin orang orang di sini sudah masak dengan perkara perkara yang aku lalui tadi. Mungkin orang kat sini sudah biasa, tapi tidak aku. Aku bukan orang sini dan aku tak pernah guna jalan ni di waktu begini.
Pinnnnnnnnnnnn. Bunyi hon lori. Panjang bunyi hon tersebut. Berselerak ayam yang lori tu bawak. Aku tahu kenapa dia hon. Dan aku tahu dia mengelak dari something. Kelihatan seperti ada makhluk yang sedang bersembunyi di belakang semak mentertawakan kejadian tersebut. Aku sudah tidak punya kekuatan nak menolong. Maaf driver lori. Esok atau kejap lagi mungkin ada orang datang membantu. Paling tidak ambulans datang.
TIba di kawasan penternakan ayam. Walaupun aku tidak membuka tingkap, bau busuk menusuk kuat ke dalam hidung. Aircond seperti menyedut udara taik ayam menyerap masuk dalam kereta. Srettttttt. Pommmmm. Aku terlanggar pokok. Mayat driver lori tadi entah dari mana dia masuk. Berada di kerusi sebelah pemandu. Akhirnya. Aku mati akibat hentaman di hadapan kereta yang amat kuat hingga aku tercampak keluar dari kereta. Lalu bunian mengambil aku lalu merawat aku sehingga sembuh. Misteri kehilangan aku masih menjadi tanda tanya. Walaupun sudah bertahun kemalangan ini berlaku. Puncanya hanyalah satu, iaitu pentingnya tali pinggang keledar. =)
p/s : situasi tu memang betul. cuma kejadian tu je tak betul. actually semua apa yang aku cerita kat atas nie adalah khayalan aku semasa aku pulang malam tadi. Terlalu memikir hantu. Sehingga jalan yang sebegitu teruk aku belasah lenjan sampai 110km/j. Aku tak kisah dah apa nak jadi. Yang penting aku selamat sampai. Heee. Cuba buka dashboard kat kereta tu. Tak pun check dalam wallet. Ada RM300 cash tak? Kalau tadak jangan lupa pakai tali pinggang keselamatan oke. kehkehkeh.