Thursday, April 7, 2011

Adab Bergurau Dalam Islam

aloha..assalamualaikum..
aip kawan kawan..malam tadi aku tengok rancangan Usrah..
dalam slot Raudhah di TV9 Dekat Di Hati ku..
*ikut rentak, melodi dan irama yang ori ye..
^_^

Tajuk Usrah malam tadi macam yang tajuk entry aku kali ini la..
kebetulan pula rancangan itu disiarkan dari studio Upin Ipin..
kita terus kepada adab adab dalam bergurau la erk..
ini kira ulang kaji balik bagi aku dan juga pengetahuan kepada kawan kawan semua..
baik la..kita mulakan ye..
ayomat, getset, go!!!!

i) Jangan Bergurau dengan menyakitkan hati orang

disini aku nak tegaskan bahawasanya la kan..kita selalu bergurau tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain..kita kadang kadang bergurau tak bertempat dan tak kena dengan cara kita bergurau..apa apa pun sebelum bergurau..kita hendaklah berfikir tentang gurauan kita..mungkin boleh buat orang benci kat kita dengan hanya gurauan kita..tak manis la macam tu kan...betul tak..

ii) Jangan Bergurau dengan benda yang tipu

aku tertarik dengan yang ini..di mana ustazah itu ada cakap suatu ketika dahulu..pada zaman Rasulullah S.A.W, ada seorang makcik tua datang kepada Baginda..makcik itu memohon kepada Baginda supaya makcik itu di masukkan ke syurga..lalu Baginda berkata, makcik tak akan mungkin masuk ke syurga kerana makcik sudah tua..walhal disyurga hanya ada orang yang muda..lalu makcik tadi pun bersedih dan berlalu pergi..kemudia Baginda memanggil makcik tadi semula dengan berkata, betullah di syurga semua orang muda..yang tua akan jadi muda..tiada yang tua di dalam syurga makcik..lalu tersenyumlah makcik tadi..

iii) Jangan Bergurau dengan mengaibkan orang

perlukah kelemahan atau kekurangan seseorang menjadi bahan gurauan kita..ini amat di larang oleh 
Allah S.W.T..bahkan Allah mahu hambaNya sentiasa menjaga keaiban orang..patut kah kita jadi kan ini sebagai gurauan??sama sama la kita fikirkan..jangan sesekali kita membuka keaiban orang kelak keaiban kita sendiri yang akan terbongkar..

iv) Jangan Bergurau dengan berlebihan

ini semua sedia maklum..tak perlulah bergurau sampai berlinangan air mata..gelak sampai keras perut..gelak yang banyak hanya akan membuatkan hati kita mati..bila hati kita mati, kita tak akan mengingati mati..banyakkan menangis daripada gelak..Rasulullah pun hanya sekadar senyum apabila dia gelak..tak perlu sampai terbahak bahak..

Rasulullah banyak lagi menangis dari ketawa..dia menangis merisaukan kita para umatnya..dia menangis menanyakan pada Allah..
apakah umat aku akan mati dalam keadaan beriman??
apakah umat aku mati nanti dengan kalimah ini;

ini yang Nabi Muhammad risaukan kepada kita..namun kita tanya diri kita..bagaimanakah mati kita kelak..adakah mati seperti yang Rasulullah risaukan itu??sama sama kita berfikir..


v) Jangan Bergurau dengan memfitnah orang lain

ini lebih kurang macam mengaibkan orang tadi..tapi ini lagi teruk..sudah la dapat dosa gelakkan orang..dapat lagi dosa fitnah orang..kira cun la..cukup pakej..ambil semua dosa tu..jangan lupa bawa dosa tu sekali dalam neraka ok..tak perlu rasanya nak memfitnah orang..menjatuhkan maruah orang saja..malu orang tersebut, kesian kat dia..tak perlu la sampai macam tu sekalikan..

ok lah..yang mana baik kita kongsi kongsi..
yang mana buruk buruk kita ingatkan..
assalamualaikum..

4 00 kawankawan mengarut:

  1. mmg selalu bergurau ngn kwn2,
    kdg2 tak sedar terlalu kasar or menyakitkan hati kwn kita kannn..huhuu

    nice en3! ^_^

    ReplyDelete
  2. LBC..nie pown adi tny usrah..lau tak..adi pown tak tau kn..huhu

    ReplyDelete

Sekali engkorang komen, Esok engkorang mesti komen lagi. :D

© Adi Asmawi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena