Saturday, October 22, 2011

Nice Shot..

aloha..Assalamualaikum..
tak mau kata apa apa..
tengok sendiri la gambar ni..
bhahahaha..


nak lagi nice..klik sini..

itu lah orang tua tua cakap..practice make perfect..
banyak lagi yang kurang..tapi aku puas hati bila dapat pujian..
tak mengharap lebih..nak ada orang hargai je..
kalau tak ada orang hargai..maknanya tak terbaik lagi la..
then kita cuba cuba dan cuba..

aku tinggalkan gambar ini bersama anda..AHAHA..

tata..terima kasih sudi singgah..
Assalamualaikum..

p/s : apa anda rasa tentang gambar ini??ngee


Friday, October 21, 2011

Tak Ingin Aku Terlepas Yang Ini


aloha...Assalamualaikum..
entry pagi subuh..waktu sekarang 6.38 a.m..
baru sembahyang subuh..ermmm..
nak buat touching sikit boleh..
tak tahu la menjadi ke tak..
okeh mula kan sekarang..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*indahnya jika bisa menikmati berdua*
Dia..
Hampir setiap kali aku menunggu mu..
Untuk kejutkan aku dari tidur yang kian memakan waktu ..
Kejutkan aku dari terus terlepas kehilanganmu..
Terlepas dari memandangmu..

Dia..
Dia yang tak pernah putus asa menyapa aku..
Hampir setiap detik ketika dan waktu..
Terus berusaha untuk bersama aku..
Aku menguji untuk melihat kesetiaan cintanya pada ku..

Dia..
Memang ini berat bagimu..
Namun aku perlu tahu untuk memiliki cinta sesuci kalbu..
Tak ingin aku dambakan cinta yang palsu..
Ternyata kau setia bersama ku..

Dia..
Aku sedar kurang waktu ku luangkan bersama..
Kita jauh untuk berjumpa mesra..
Namun hati ku teringin sekali berjumpa semula..
Ciptakan kenangan setiap detik yang ada..

Dia..
Tak pernah lupa untuk mengingatiku..
Aku sengaja begini membuat dia berpaling dari ku..
Kembali lah dikau wahai cinta aku merayu..
Biarkan cinta ini milik kita sampai mati pun akan ku seru...

Dia..
Walaupun coretan ini tak mampu menyakinkan mu..
Namun aku punya cara untuk meluahkan pada mu..
Cara aku mengarang kata kata yang menusuk kalbu..
Semoga kau sedar apa yang aku lakukan hanya untuk mendapatkan mu..

Dia..
Aku kau berbeza..
Kau bisa bersendirian tanpa sesiapa..
Aku butuhkan seseorang untuk setiap detik dan ketika..
Aku selalu berharap kau berada di sini setiap masa..

Dia..
Walaupun jarak memisah kita..
Percayalah akan aku selalu merindui tiap detik kita bersama..
Setiap kali berjumpa waktu sengaja mencemburui kita..
Belum puas untuk aku tatap wajah si dia..

Dia..
Kau sabar menunggu sehinggakan diri kau terluka..
Aku tahu itu amat menyakiti hingga tak terkata..
Izinkan aku habiskan masa untuk mencari ilmu demi masa depan kita..
Kelak aku akan pastikan kau milik ku jua..

Dia..
Aku tak berani janji untuk bercinta..
Kerana aku tahu akan diriku siapa..
Cuma berharap jika kau sudah berpunya..
Aku akan cuba mendapatkan kau semula..

Dia..
Aku cuma perlukan waktu untuk membaiki diri..
Ingin sekali aku mencintaimu sepenuh hati..
Biar kuat untuk menolak siapa yang kemari..
Hingga suatu masa cinta kita akan kekal abadi..

Dia..
Akhir kata dari ku..
Aku ingin memilikimu..
Aku ingin kau menjadi permaisuri bertahta di hati ku..
Aku ingin kau sentiasa di sisi ku..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hoho...pagi pagi lagi dah merapu tak tentu pasal..
biarlah apa orang kata..hanya kau yang aku tunggu..
aku menepis segala yang datang hanya keranamu..

terima kasih sudi singgah baca..
Assalamualaikum...^_^

p/s : jom study Human Computer Interaction dengan Database System..petang nanti ada test..pray 4 me ye..hee..^_^


Thursday, October 20, 2011

Pengembaraan Solo

aloha..assalamualaikum..
tak habis habis dengan pengembarakan..
yela..aku nak cerita pasal pengembara ni..
kita hidup ni semua mengembara..
tak ada yang mengemis..err..betul tak??
lalalala

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CupCake Smurf lah..<3


Pencarian yang hakiki terus aku mendaki..
Mendaki gunung yang maha terpuji..
Mencari apa yang ada untuk memiliki..
Semoga terus menjadi hak yang hakiki..

Aku meneruskan perjalanan yang tidak terhenti..
Mengorek rahsia yang tersemat di bumi..
Untuk aku jadikan bekalan di kemudian hari..
Teruslah aku melangkah seorang diri..

Aku meredah hutan tidak berteman..
Melatih persiapkan diri di tengah medan..
Medan menolak segala nafsu syaitan..
Semoga aku hidup dengan aman..

Namun perjalanan akan terhenti..
Jika aku terus berdiam diri..
Aku mesti mengorak langkah untuk capai duniawi..
Tapi tidak jua aku lupa untuk akhirat yang kekal abadi..

Terpaksalah aku menerjah duri..
Biar diri ku tersusuk mawar berduri..
Agar aku tabah mencari cinta sejati..
Semoga di depan mata tak aku lepasi..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hahhhhh..amacam..itu lah aku pengembara di muka bumi..
sentiasa berjalan susah dan senang..
jangan terlalu bergantung harap..
kerana diri sendiri bisa melakukan..

terima kasih sudi singgah..
Assalamualaikum..^_^

p/s : hujan pula..tak pergi kelas lagi hari ini..exam nak dekat dah..hurmmm..-_-"

Wednesday, October 19, 2011

Seorang Pengembara Durjana

aloha..assalamualaikum..
saja nak up entry pagi pagi macam ni..
slide final projek haram tak mula lagi..
rasa malas..actually..tadi termasuk satu blog ni..
kata kata dia membuat aku rasa macam nak try berpuisi..
bersajak..ermmm..nak try jap..layan~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*gambar menghiasi kalbu*


Dia mencari sebatang jalan untuk menuju keredhaan..
Namun jalan yang ditemui jalan kemurkaan..
Dia tak sedar betapa dia hampir tersesat..
Moga ada tangan untuk mencapai menyelamat..

Mengembara di duniawi ibaratnya seperti mencari kunci..
Susah untuk dapat mencapai apa yang dikehendaki..
Tapi yang dipinta tidak di temui..
Yang ditolak dia menerima tanpa rasa berat hati..

Berjalan mencari cinta yang sejati di sebalik wajah yang hina..
Bukan harta menjadi hidangan..
Tapi nafsu mengatakan ianya adalah terindah..
Cinta yang sejati terkapai mencari di sebalik hati yang nurani..

Terus mengorak langkah mencari erti sebenar..
Ilmunya cetek membuatkannya hanyut..
Biar pun belajar sampai ke negara China..
Ilmu yang dikurnia di salah erti menjadikannya binasa...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ermmm..rasa macam merapu je..
owhhhh idea yang selalu mengangu emosi..
sedikit pun tak beri peluang untuk berfikir kreatif..
terus membuat aku dilema..
mencari erti sebenar jika dia bukan milikku..

terima kasih sudi singgah..
jumpa lagi di lain entry...
assalamualaikum..^_^v

p/s: ponteng kelas lagi hari ni.. tertidur panjang..~~

Monday, October 10, 2011

Gambaran Hari Kiamat

alohaa..
assalamualaikum..
tadi aku terjumpa sesuatu kat facebook..
aku harap aku dapat sampaikan perkara ini..
kerana kita semua sudah berada di akhir zaman..
copy sebiji terus..aku tak edit apa langsung..
bacalahh~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

sumber daripada : Amar Sufi
Kredit kepada Syok.org



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

so amacam kawan kawan..still nak bertenggek depan laptop lagi ke..
still nak lepak sambil baca baca blog lagi ke..
sama sama kita amik iktibar..
assalamualaikum..^_^

Heii Awak..Ye Awak Kat Sana

Alahaiii..
Keluar Je Dengan Awak..Saya Terdiam..My Brain Was Thinking..
Why haa kita break dulu..sebab ada orang masuk dalam hubungan kitakan..
Macam macam cerita dia buat..awak jauh dengan saya..kepercayaan pun kurang..
Hahaha..good luck untuk awak menempuh hidup tanpa saya..
*bajet je kau kan adi..nyampah~~~

Tapi sekarang always thinking..
Nak je cakap tapi tak terlepas..
Mungkin hati sudah di ketuk di paku di stapler dek Smurf..
Atau sudah pun di pahat??
mana satu ye smurf??

Mungkin tak nak terikat dengan mana mana komitmen..
Aku terus bergerak secara solo bersama kesayangan aku..
Awek no satu aku dah ada..
Sekarang aku nak tunggu awek no dua..
Maybe sem depan aku akan dapatkan dia..
*NEKAD!!!

BTW..nak bagitau..tadi pergi blog awak..
tengok la kot kot awak ada nak tulis pasal saya..
*bhahaha..gila perasan kau adi..
tapi tak ada..tak mengapalah..
Mungkin memang itu bukan takdir kita..
Biarkan kau tetap menjadi sahabat secomei aku..
*bhahaha..sepak terajang adi cepat cepat..


Kesian Danbo kena belit2...-_-"

terima kasih sudi luangkan masa baca entry ringan ringan..
jumpa lagi di lain entry..
assalamualaikum..

p/s : ada kelas malam pula..siap dengan quiz lagi..suka suka..-_-"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Create By AdiSuda =). Powered by Blogger.